Tugu untuk 36 Keluarga Kumemura

Antara 1392 dan 1393 peneroka Cina, terutamanya dari golongan pegawai dan peniaga, telah
berpindah ke Okinawa diatas permintaan Kerajaan China. Sila lihat dalam buku sejarah dan
rujuk: "36 keluarga", angka "36" adalah nombor peribahasa simbolik tersiratyang digunakan oleh orang Cina didalam pertuturan dan tidak boleh diambil makna secara literal tersurat. Rujukan juga dibuat kepada "36 Keluarga Fukien" dan "seratus nama dari China." 

Matlamat orang Cina  adalah untuk memaksa ciri budaya Cina ke Okinawa sebagai apa yang mereka anggap diri mereka orang-orang cina mempunyai kehidupan seharian yang lebih ideal dan moden serta optimum berbanding penduduk asal pulau Okinawa. Jelas ini memang ada agenda negara cina yang tersembunyi, ada udang disebalik batu, untuk kepentingan diri negara cina sendiri.

 China mempunyai harapan tinggi untuk membolot perdagangan barang komersil yang berkembang pesat dan juga mewujudkan pengaruh politik negara cina ke atas pulau tertentu itu. China juga menuntut pembayaran tol dua kali setahun dalam bentuk barang komersial. 

 Delegasi China (Sappushi) y ang pertama mengembara ke pulau-pulau Ryu Kyu pada tahun 1404.
Penduduk pulau Ryu Kyu hingga kini bersyukur kerana telah belajar dari China dan tidak menyesal dengan pelaburan yang dibuat pada masa lalu. 

Untuk masa yang sangat lama mereka dengan senang hati memberi penghormatan kepada China dan Jepun. Sehingga hari ini  pengaruh budaya China yang kuat dapat dilihat dalam seni bina dan budaya Okinawa. 

Perlumbaan Perahu Naga tradisional (Hatju-Sen), yang berasal dari tahun 1400, dan sangat popular di selatan China, masih berlangsung setiap tahun di Okinawa. Permukiman Kumemura di Okinawa masih menjadi tarikan pelancong dan berbaloi untuk dlihat.

Faktor penting bagi perkembangan Karate adalah bahawa Delegasi China (Sappushi) diiringi ke Okinawa oleh pengawal mereka, yang kemudian menyampaikan Seni Pertahanan Diri Cina kepada penduduk di pulau. 

Di antara 36 keluarga terdapat beberapa orang penting untuk Okinawa, seperti Cai, Zeng, Mao, Liang, Jin, Chen, Wu, Rin dan Yuan. Semua nama ini sangat berkaitan dengan seni mempertahankan diri.

Selama berabad-abad terdapat asimilasi keluarga Cina ke Okinawa budaya dan pengaruh orang Cina terhadap Okinawa juga. Menurut Hokama, keluarga Zheng Yiyi yang membawa Tinju Cina
dan tulisan rahsia "Bubishi" ke pulau-pulau Ryu Kyu. Gaya khas ini Tinju Cina mungkin telah menjadi pelopor Naha Te. Pada tahun 1608 Keluarga Zheng mula mengajar seni teknik pertempuran di Kume. 

Hokama (Yabu) Peichin terkenal di Okinawa sebagai pakar seni pertarungan pada tahun 1644. Di sana juga mempunyai hubungan yang erat dengan negara-negara lain seperti Korea, India, Filipina dan Taiwan. 

Furu Helin, gua antara Naha dan Tomari

 Ribut taufan yang melanda Okinawa setiap tahun juga telah membawa  sebilangan besar mangsa kapal yang karam yang berjaya selamat mendarat sampai ke pantai pulau itu.

Diantara Tomari dan Naha terdapat sebuah "gua tua", bernama Furu Helin, di mana mangsa kapal karam orang Korea mencari perlindungan pada tahun 1456. Mangsa karam itu juga dipercayai
mengajar penduduk Okinawa dalam seni mempertahankan diri. Adalah dipercayai bahawa sejumlah keseluruhan lebih 1400 kapal China karam  berada di pesisir Okinawa. Gua tua tersebut telah berulang-ulang kali dijadikan tempat perlindungan  bagi ramai mangsa kapal karam, antara lain
mereka mungkin Channan, Chinto dan pakar seni mempertahankan diri yang terkenal.


Share To:

Post A Comment:

0 comments so far,add yours